Latar Belakang

Transformasi bolasepak JDT telah berjaya diperluas sehingga ke peringkat tertinggi setelah menjadikan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim sebagai pasukan yang profesional. Dengan pengurusan dan kestabilan organisasi dari segala aspek, perubahan turut dilakukan termasuk membangunkan sukan bolasepak, mewujudkan program pembangunan akar umbi melalui akademi bolasepak dan menaiktaraf stadium, pusat latihan dan fasiliti sukan. Peranan dan penglibatan penyokong adalah pelengkap transformasi berjaya bolasepak Johor. YAYASAN JDT diperkenalkan bagi memenuhi hasrat penyokong untuk sama-sama merealisasikan impian dan kejayaan pasukan Kelab Bolasepak JDT. Didaftarkan secara rasmi pada 9 Ogos 2016. Berdaftar dibawah Seksyen 24, Akta Syarikat 1965.

Yayasan JDT

Visi, Misi, Objektif

Visi

Menjadi sebahagian daripada penggerak utama kepada transformasi bolasepak JDT.

Misi

Menjana, merencanakan dan mengurus dana bagi menyokong dan membantu melaksanakan untuk mencapai matlamat dan hala tuju dalam transformasi bolasepak JDT. Menjayakan sepenuhnya setiap perancangan termasuk menyediakan kemudahan, kebajikan, selain mempelbagaikan aktiviti dan tanggungjawab sosial bagi memenuhi objektif Yayasan

Objektif

  • 1
    Mengumpul dan menyatukan dana serta menggembleng sumber-sumber sumbangan, hadiah dan lain-lain pemberian yang berkaitan yang berpotensi sama ada dari dalam atau luar negara bagi manfaat kepada transformasi bolasepak JDT dan tanggungjawab sosialnya.
  • 2
    Menjana dana dan pemberian melalui kaedah-kaedah kontemporari dan inovatif untuk meningkatkan sumber dana bagi manfaat bersama antara Yayasan dan bolasepak JDT.
  • 3
    Membangun dan memajukan dana atau harta yang diperolehi melalui kerjasama pihak yang sesuai dan badan-badan korporat bagi memenuhi kehendak visi dan misi YAYASAN JDT.
  • 4
    Membangunkan dan memajukan harta atau aset hasil sumbangan untuk tujuan yang difikirkan perlu melalui kaedah dan usahasama dengan pengurusan bolasepak JDT bersandarkan kepada matlamat utama YAYASAN JDT.
  • 5
    Menyediakan bantuan dan kebajikan melalui pendidikan, kesihatan, sosial, sukan, tenaga, khidmat nasihat, konsultasi, perkhidmatan dan hubungan bersama berdasarkan misi Yayasan selain menyempurnakan amanah dan amanat penyumbang.

Pemegang Amanah

Kaedah Sumbangan

 

Individu yang ingin menjadi sebahagian keluarga JDT yang besar

Syarikat/Organisasi yang menyokong Yayasan JDT (Sumbangan melalui usahasama dan kerjasama)

Program dan aktiviti yang menjana pendapatan Yayasan (Sumbangan melalui jualan barangan rasmi Yayasan JDT)

Pendaftaran Penyumbang




Faedah Bersama


Kad Tahunan Yayasan JDT

Cenderahati

Diskaun Barangan Terpilih Yayasan JDT

Langkah Pendaftaran

  • 1
    Terbuka kepada semua individu yang menyatakan sokongan dan penyokong setia kepada pasukan Kelab Bolasepak
  • 2
    Pendaftaran sumbangan adalah RM100 untuk setahun bagi seorang dan tiada had umur. Sumbangan ini akan digunakan dan dibelanjakan bagi mematuhi objektif Yayasan JDT.
  • 3
    Sumbangan hanya boleh dibuat melalui online menerusi Laman Portal Rasmi Yayasan JDT di www.yayasanjdt.com atau melalui perkhidmatan perbankan di mana-mana cawangan CIMB Bank Berhad atas nama YAYASAN JDT.

* Pihak YAYASAN JDT tidak melantik mana-mana orang untuk menjalankan tugas mengutip kutipan sumbangan. Semua kutipan adalah melalui bank akaun dan perkhidmatan online