Kami di Yayasan JDT menawarkan peluang Latihan Industri kepada mahasiswa dan mahasiswi daripada IPTA, IPTS dan juga Kolej-kolej Kemahiran dan Vokasional dari institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang-bidang berikut:
- Pentadbiran & Sumber Manusia
- Kewangan
- Pemasaran
- Korporat & Pembangunan Bisnes
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
- Multimedia
Syarat-syarat :
- Terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi warganegara Malaysia.
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik
- Berdikari dan berdisiplin
Bersedia menerima arahan dan boleh melakukan tugasan dengan baik - Boleh bekerja dalam berkumpulan
- Perlu memiliki sikap ingin belajar dan mencuba perkara baru
- Fleksibel dengan tugasan yang diberikan dan waktu bekerja (kerja pada hujung minggu)