Mengenai Yayasan JDT

Yayasan JDT

Memperkasa Sukan Melalui Komuniti

Yayasan JDT merupakan organisasi yang ditubuhkan bagi tujuan mengumpul dana dan mengagih bantuan kepada komuniti Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dari segi kebajikan, kesihatan, pendidikan, sukan dan sosial.

Yayasan JDT secara tidak langsung berhasrat untuk memberi peluang kepada penyokong untuk terlibat bersama-sama bagi memajukan dan membangunkan kelab, selain memartabatkan sukan bola sepak di negeri Johor

0

Jumlah Penyumbang

0

Jumlah Penerima Sumbangan

RM 0 K

Jumlah Kutipan Sumbangan

Pendaftaran Sebagai Penyumbang Derma

Sertai komuniti untuk membantu mereka yang memerlukan

Tanggungjawab Sosial Korporat

Yayasan JDT telah dilancarkan secara rasmi pada 13 Oktober 2015 setelah mendapat perkenan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Pelbagai aktiviti dan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah diadakan bagi menyempurnakan amanah dan amanat para penyumbang dengan menyalurkan hasil sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Yayasan JDT juga bergiat aktif dalam menjalankan program-program pembangunan sukan yang dapat merapatkan hubungan sesama penyokong Harimau Selatan.

Keistimewaan yang ditawarkan

Sebagai tanda penghargaan kepada peminat juga, Yayasan JDT sentiasa berusaha untuk memberi keistimewaan dan keutamaan kepada para penyumbang atas sokongan yang berterusan. Antara keistimewaan yang ditawarkan oleh penyumbang yang setia adalah peruntukan pembelian tiket bagi perlawanan, potongan harga istimewa bagi pembelian semua produk dan cenderahati keluaran Southern Tigers dan Yayasan JDT, serta pelbagai lagi.

Matlamat penubuhan

Penubuhan Yayasan JDT juga adalah selari dengan misi dan visi DYAM Tunku Mahkota Johor impikan, iaitu ingin menjadikan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim lebih dari sebuah kelab bola sepak.

Yayasan JDT turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh para penyumbang atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan selama ini.