Kami sentiasa mengamalkan kepelbagaian dan keterangkuman, serta mengalu-alukan kerjasama bersama dengan pihak luar bagi terus memberikan nilai terbaik kepada golongan sasar kami
Kami sentiasa bersikap jujur, ikhlas dan amanah untuk mengekalkan hubungan yang baik bersama semua pihak bagi sentiasa memberi keutamaan dan kepentingan kepada komuniti yang disasarkan
Kami sentiasa mengamalkan proses kerja yang telus dan terbuka bersama semua pihak termasuk dalam kalangan penyumbang, ahli, rakan strategik serta kakitangan kami bagi mengelakkan sebarang salah faham
Kami sentiasa mematuhi semua undang-undang, prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa bagi memastikan setiap tugas dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan