Yayasan JDT telah dilancarkan secara rasmi pada 13 Oktober 2015 setelah mendapat perkenan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Memupuk dan melahirkan nilai serta semangat kesukarelawanan melalui penglibatan golongan sasar bagi meningkatkan kualiti masyarakat
Memberi galakan berterusan kepada masyarakat bagi melibatkan diri kepada pemilikan kelab
Membantu golongan yang memerlukan serta menyokong nilai kesamarataan dan kebersamaan
Menggalakkan penglibatan masyarakat dan peminat dalam kalangan kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim melalui aktiviti pembangunan komuniti serta pembangunan sukan
Menyediakan pelbagai program komprehensif yang dirancang khusus bagi memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk tujuan memupuk masyarakat yang bersatu padu