Berita

PBNJ perkenal logo baharu Program Pembangunan Bolasepak Negeri Johor

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah memperkenalkan logo baharu bagi program pembangunan bola sepak negeri Johor iaitu Johor Football League (JFL) bagi meningkatkan lagi reputasi dan prestij kejohanan tersebut mulai tahun 2022.

Program pembangunan ini yang sebelumnya dikenali sebagai Liga JDT telah pun bermula sejak tahun 2012, dengan kerjasama persatuan-persatuan bola sepak di daerah-daerah seluruh negeri Johor.