Pelancaran Bazar Ramadan Raya Jiwa Merah Biru anjuran Yayasan JDT
Sekitar majlis pelancaran Bazar Ramadan Raya Jiwa Merah Biru anjuran Yayasan JDT yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta Puteri Harbour, pada 31 Mac 2023.
Penganjuran bazar ini merupakan inisiatif Yayasan JDT bagi memberi peluang peniaga tempatan menjalankan perniagaan dan menambah pendapatan di bulan Ramadan.
Sejumlah kutipan dari penganjuran bazar akan disalurkan ke Tabung Kebajikan Yayasan JDT bagi pelaksanaan aktiviti CSR pada masa akan datang.
Bazar tersebut akan beroperasi setiap hari sehingga 21 April 2023, bermula 3 petang hingga 12 tengah malam.
Turut diadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan & Rumah Anak Yatim Shafar dan anak-anak tahfiz dari Maahad Al-Syatirie di tapak buffer Star Hadramout.
Hadir sama YB. Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Pengerusi Yayasan JDT, Datuk Haji Mohd.Hafiz Ahmad, Datuk Bandar Iskandar Puteri dan Raja Haji Fouzeel Akmal Bin Raja Haji Zainal – Pengurus Besar Yayasan JDT.








