Berita

Program Kemanusiaan Bantuan Banjir Yayasan JDT

Yayasan JDT menerusi Program Kemanusiaan Bantuan Banjir telah menyampaikan hasil sumbangan berupa barangan keperluan harian dan makanan kepada Ihsan Johor untuk disalurkan kepada penduduk terjejas banjir pada 14 Disember 2022.

Kesemua sumbangan tersebut diagihkan Ihsan Johor ke Pusat Pemindahan Sementara di sekitar Johor.

Terima kasih diucapkan kepada rakan kerjasama iaitu Johor Fan Club, Boys Of Straits (B.O.S), Kelab Kereta Harimau Selatan dan Gate C Supporters kerana bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha kecil kita ini dapat meringankan beban mereka.