Sumbangan Prosperity Visit bersempena sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Jagaan Warga Emas dan Kanak-Kanak
Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 22 Januari 2023, Yayasan JDT mengambil peluang untuk menghulurkan sumbangan serta menyantuni penghuni di Pusat Jagaan Warga Emas dan Kanak-Kanak bagi memeriahkan lagi suasana sambutan perayaan mereka.
Penyerahan sumbangan berupa bekalan makanan, alatan pembersihan rumah serta barangan penjagaan diri itu telah diagihkan kepada dua buah pusat jagaan sekitar Johor Bahru iaitu di Pertubuhan Kebajikan Cheng En dan Pusat Jagaan Orang Tua Yeo.
Yayasan JDT sentiasa komited untuk terus memberi sumbangan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Semoga kedatangan kami sedikit sebanyak dapat memberikan keceriaan kepada penghuni-penghuni rumah kebajikan tersebut.










