Berita

Sumbangan kepada keluarga empat sahabat yang terlibat kemalangan

Yayasan JDT baru-baru ini menghulurkan sumbangan kepada empat sahabat yang terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan perlawanan JDT menentang Borussia Dortmund pada 28 November lalu.

Lebih menyedihkan tiga daripadanya maut, manakala seorang lagi mengalami kecederaan dalaman.

Kenderaan dinaiki mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah van yang datang dari arah bertentangan.

Yayasan JDT juga menghulurkan sumbangan kepada keluarga pemandu van tersebut yang turut mengalami kecederaan bersama isteri dan dua orang anaknya.

Kami mendoakan agar semua keluarga mangsa terlibat tabah dalam menghadapi dugaan ini.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/hasrat-4-sahabat-tonton-jdt-beraksi-tak-kesampaian/